Friday, July 23, 2010

kawasan tadahan hujan


Hutan dalam pengertian yang luas merangkumi kawasan yang ditumbuhi oleh pokok-pokok liar yang terbiar, rimba yang menjadi habitat semulajadi flora dan fauna. Hutan merupakan aset negara yang tidak ternilai dan diwarisi turun-temurun. Malaysia merupakan hutan khatulistiwa atau hutan hujan tropika yang terdapat di kawasan tanah pamah.Hutan malar ini mencapai ketinggian kurang daripada 1000meter.Terdapat tiga lapisan tumbuh-tumbuhan yang tumbuh rapat-rapat.

Lapisan hutan yang paling tinggi adalah lapisan atas. Lapisan ini terdiri daripada pokok-pokok yang mencapai ketinggian di antara 50m-70m. Lapisan atas ini merupakan tempat habitat bagi burung-burung besar seperti helang dan enggang. Di bawah lapisan atas ialah lapisan kanopi. Lapisan kanopi yang padat ini terdiri daripada “payung” pokok yang tingginya di antara 30m-40m. Lapisan kanopi ini terdedah kepada cahaya matahari. Oleh itu, proses fotosintesis pada tumbuh-tumbuhan giat berlaku di lapisan ini. Walau bagaimanapun, lapisan kanopi ini menghalang cahaya matahari daripada sampai ke lapisan bawah hutan. Lapisan kanopi menghasilkan bunga-bungaan dan buah-buahan yang digemari oleh hidupan liar seperti burung enggang, kelawar, minyet dan tupai.

Di bawah lapisan kanopi ialah lapisan tengah. Lapisan tengah terdiri daripada pokok-pokok tingginya lebih kurang 10m.Pokok ini terpaksa hidup di bawah naungan pokok-pokok yang lebih tinggi dan memperoleh cahaya matahari yang menembusi kanopi melalui celah-celah daun. Hidupan liar yang terdapat di dalam lapisan tengah ialah tupai, orang hutan dan ular. Lapisan yang paling bawah ialah lapisan bawah. Lapisan bawah terdiri daripada pokok-pokok memanjat, pokok-pokok menjalar, tumbuh-tumbuhan herba dan parasit yang hidup pada benda organik yang telah mati dan reput. Contohnya, pokok liana dan rotan. Di bawah lapisan ini terdapat pelbagai haiwan seperti gajah, harimau, pelanduk, badak, cipan, babi hutan, tenggiling, katak, kumbang, pepatung, labah-labah, ular, pacat, semut, anai-anai dan lain-lain lagi.

Kepentingan-Kepentingan Hutan Hujan Tropika

Hutan adalah habitat semula jadi, kawasan pembiakan dan sumber makanan utama kepada fauna. Hutan membekalkan makanan kepada haiwan yang memakan daun, buah-buahan, putik bunga, bijian dan pucuk serta pelbagai bahagian pokok. Kewujudan rantaian makanan menjadi satu lumrah kehidupan bagi hidupan pemangsa dan mangsa. Melalui proses fotosintesis, tumbuh-tumbuhan berfungsi sebagai pengeluar yang membekalkan keperluan hidup haiwan yang lain. Sebagai contohnya, daun, akar, buah-buahan untuk komponen hidup yang lain. Haiwan yang makan tumbuh-tumbuhan dan memperoleh tenaga daripada tumbuh-tumbuhan itu ialah pengguna primer. Contohnya, ulat yang memakan daun. Pengguna primer akan menjadi sasaran sebagai makanan bagi pengguna sekunder seperti burung punai. Pengguna sekunder, sebaliknya akan dimakan oleh pengguna tertier yang merupakan haiwan yang lebih besar dan kuat atau manusia. Dengan proses-proses yang berterusan ini ekosistem Hutan Hujan Tropika yang seimbang dapat dihasilkan.

Hutan penting dalam mengimbangi kandungan gas di udara. Proses fotosintesis membebaskan oksigen dan menyerap gas karbon dioksida yang dibebaskan oleh manusia dan haiwan. Proses ini berlaku berulang-ulang menyebabkan bekalan oksigen dalam udara mencukupi untuk kegunaan hidupan seperti proses pernafasan dan memastikan pengurangan karbon dioksida secara tidak langsung. Ini kemudiannya, dapat mengurangkan risiko berlakunya fenomena “ kesan rumah hijau” atau “kesan rumah kaca” iaitu kebolehan atmosfera membenarkan cahaya matahari masuk dengan banyaknya tetapi hanya sedikit sahaja bahang dari bumi dalam bentuk gelombang panjang yang dibebaskan ke angkasa. Proses sejat peluhan, iaitu wap air yang dibebaskan oleh tumbuhan ke atmosfera dan karbon dioksida yang di dalam udara menyekat sebahagian daripada bahang dari bumi ini dan memantulkan kembali ke bumi. Oleh itu, suhu di permukaan bumi tidak begitu panas.

Hutan juga mempunyai kesan penyejukan semula jadi menerusi beberapa cara:

1. Air yang ditranspirasikan oleh tumbuh-tumbuhan naik ke udara dan menghasilkan awan.Awan ini membalikkan cahaya matahari ke ruang angkasa dan kemudian menjadikan kawsan sekitar hutan lebih sejuk.

2. Wap air dari hutan mengandungi tenaga haba yang akan disebarkan kekawasan yang lebih sejuk. Keadaan ini mempengaruhi penyebaran radiasi matahari .

3. Kuantiti karbon yang banyak tersimpan di afmosfera, suhu sedunia akan meningkat. Hutan ini boleh mengurangkan kandungan karbon di afmosfera menerusi proses fotosintesis.

Walaupun hutan hujan tropika hanya meliputi 12% daripada jumlah keseluruhan kawasan dataran, ia sekurang-kurangnya mengandungi 50% daripasda spesies di dunia.Misalnya, di Malaysia terdapat 3000 spesies tumbuhan berbunga di semenanjung Malaysia dan 2500 daripadanya adalah dari jenis berpokok.Tumbuh-tumbuhan ini adalah unik kerana ia tidak ditemui di mana-mana pelusok dunia kecuali di Malaysia sahaja.Contohnya, bunga Rafflesia, palma, liana, renek, orkid dan sebagainya.Bagi melengkapkan ekosistem, haiwan telah menjadi penghuni setia hutan belantara ini. Terdapat sejumlah 200 spesies mamalia seperti orang hutan, gajah harimau badak pelanduk dan sebagainya. 600 spesies burung seperti helang, enggangdan lain-lain lagi. 115 spesies ular, 30 spesies katak dan 80 speseis cicak, seranga pula merupakan komuniti haiwan yang terbesar di mana bagi sesetengah kumpulan mengandungi lebih daripada 1000 spesies.

Hutan berfungsi sebagai kawasan tadahan air hujan da menyerap air hujan dan mengalirkan perlahan-lahannya ke dalam anak sungai. Seterusnya bertindak sebagai penuras yang menapis air hujan bagi memastikan air bersih dan jernih mengalir ke kawasan tadahan.Kawsan tadahan air menjadi legeh kepada sungai-sungai yang terdapat di Malaysia. Daripada sungai-sungai ini, manusia dan hidupan lain mendapat bekalan minuman yang terjamin kebersihannya dan menjadi sumber pendapatan atau makanan bagi penduduk yang tinggal di tepi sungai.

Selain itu, ia juga dapat menjamin bekalan sumber air tetap bagi sungai untuk mengelakan dari berlakunya kemarau, banjir, hakisan tanah dan sebagainya. Apabila hujan turun di kawasan hutan, kebanyakkan air terperangkap di kanopi da hanya sebahagian kecil sahaja yang sampai ke tanah. Tanpa kawasan hutan, hujan yang turun akan mengalir dengan deras ke anak-anak sungai kerana tanah tida berupaya untuk menyerap air yang begitu banyak. Air yang deras akan membawa bersamanya kelodak dan lumpur ke dasar sungai lalu meninggikan lagi dasarnya. Ini menyebabkan air melimpah ke kawasan sekitar dan berlakunya banjir kilat.

Di samping itu, hutan juga merupakan sumber ubat-ubatan terutamanya ubat-ubat tradisional seperti daun lemuning atau nama sainsnya Vitex negundo, Mengkudu atau nama sainsnya Morinda citrifolia, kaduk atau nama sainsnya Piper sarmentosum, Tongkat Ali atau nama sainsnya Eurycoma longfolia, pokok Kacip Fatimah atau nama sainsnya Labisia pumila dan lain-lain lagi.Contohnya, kaduk atau nama sainsnya Piper sarmentosum dari famili Piperaceeae merupakan sejenis tunbuhan tempatan yang penting dan bernilai dari segi perubatan. Kaduk boleh didapati di kawasan –kawasan yang lembap dan hidup liar. Kencing dapat dilawaskan dengan air yang direbus dengan akar pokok kaduk manakala minum air yang direbuskan dengan daunnya dapat merawat demam dan malaria. Air rebusan itu juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selesema, sakit gigi, sakit pinggang dan sengal-sengal tulang. Selain itu, dikatakan bahawa terdapat penemuan ubat antimalaria dan kuinin yang terbukti mujarab.

Hutan menjadi sumber ekonomi yang penting melalui industri pembalakan terkawal yang mendapat kelulusan pihak kerajaan. Nilai eksport balak dan barangan berkayu ialah RM2.1 billion atau 40% daripada jumlah pendapatan eksport negara pada bulan Januari hingga Septembeer 1990.Sektor perhutanan di Semenanjung Malaysia menawarkan sebanyak 62 800 peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan.Jenis kayu keras yang bermutu tinggi dan mempunyai harga yang tinggi di pasaran dunia ialah kayu-kayu meranti, cengal, balau, kapur, seraya, damar, sepetir, ranin dan belian.Kegunaan hasil balaknya ialah untuk membuat bangunan ataupun rumah, landasan kereta api, alat-alat perabot, papan lapis, kotak, kertas dan lain-lain.Hasil balakan ini bukan sahaja dieksport tetapi juga membantu berkembangnya industri pembuatan tempatan seperti perabot, kertas, kotak dan lain-lain lagi.

Selain itu, hasil hutan seperti buluh, rotan, dan mengkuang juga menyumbangkan pendapatan kepada masyarakat luar bandar.Hasil jualannya dalam mengembangkan industri desa seperti anyaman, pembuatan perabot dari rotan dan barngan kraftangan dari buluh, mengkuang, rotan dan sebagainya.

Hutan juga merupakan tempat bereakrasi yang penting untuk manusia. Penduduk-penduduk bandar yang terdedah kepada kesibukan kota boleh menenangkan minda serta merehatkan mata dengan berkunjung ke tempat-tempat rekreasi yang menhijau seperti Taman Negara, Fraser Hill, Cameron highland, Hutan Paya Bakau, Gunung Kinabalu dan sebagainya.Aktiviti ini boleh melapangkan fikiran kita dan lari dari kesibikan kota. Dii sini kita boleh menghidup udara yang nyaman dan segarserta menjamin kesihatan kita.Bukan itu sahaja, ia juga boleh menjadi daya tarikan pelancongan untuk meningkatkan pendapatan negara.Ini disebabkan negara kita mempunyai khazanah hutan yang tertua di dunia. Para pelancong asing akan datang melawat negara kita semata-mata untuk melihat keindahan hutan semula jadi yang unik.

No comments:

Post a Comment