Tuesday, July 20, 2010

BUKIT LARUT

Bukit Larut


Bukit Larut dahulunya dikenali dengan nama 'Maxwell Hill' sempena nama Residen British di Negeri Perak. Ianya dibuka dalam tabun 1884 sebagai tempat untuk beristirehat khas bagi pembesar-pembesar Inggeris. Dengan ketinggian 1,250 meter dari paras laut dan suhu di antara 15 hingga 28 darjah cekcius, ia amat sesuai untuk dijadikan tempat beristirehat. Sebelum jalan tar yang dibina dalam tahun 1948, pihak British menggunakan 'Pony Back' (Kuda padi) dan 'Sedan Chair' (Kerusi Pengusung) sebagai pengangkutan untuk ke puncak bukit. Perjalanan ke puncak buki tmangambil masa lebih kurang 30 minit dalam jarak kira-kira 13 kilometer dengan menaiki 'Land Rover'. Perjalanan ke puncak bukit amat mencabar kerana melalui 72 selekoh tajam. Kebanyakan pengunjung warga Inggeris yang datang pernah menyamakan Bukit Larut sebagai Switzerland musim bunga. Pejabat Peranginan Bukit Larut adalah agensi yang menguruskan segala kemudahan seperti menyediakan 'Land Rover' untuk membawa pengunjung naik dan turun bukit mengikut jadual dengan tambang yang berpatutan. Bangunan Pejabat Peranginan Bukit Larut asalnya adalah tiga (3) unit rumah kakitangan dan kemudiannya diubahsuai pada penghujung tahun 1996 untuk dijadikan pejabat.

No comments:

Post a Comment