Wednesday, July 28, 2010

LOKASI MENARIK DAERAH TANJONG MALIM

Sungai Bil.

Sungai Bil merupakan tempat perkelahan yang menjadi tumpuan bagi penduduk tempatan dan pengunjung-pengunjung yang berada diluar daerah Tanjong Malim / Slim River. Keadaan sungai yang bersih dan persekitaran serta udara yang nyaman telah menarik minat pengunjung untuk datang berkelah dan mandi disungai ini.
Sungai Bil juga menjadi tumpuan bagi mereka yang gemarkan aktiviti perkhemahan , "Jungle Tracking" , memancing , Berkelah dan lain-lain lagi. Disini juga terdapat sebuah empangan hidro yang digunakan untuk menjana tenaga elektrik.Pelbagai jenis kemudahan telah disediakan disini seperti dewan orang ramai,tempat letak kereta ,gerai makanan dan minuman juga pondok rehat untuk memberi keselesaan kepada para pengunjung . Kini Sungai Bil telah terkenal diseluruh negeri kerana banyak aktiviti bertaraf kebangsaan telah diadakan disini seperti pertandingan "ECO Challenge" dan Program Khidmat Negara.
Tasik Y.D.P

Tasik Y.D.P pada asalnya merupakan sebuah lombong bijih yang telah ditinggalkan. Majlis Daerah Tanjong Malim telah membuat keputusan untuk membangunkan tempat ini sebagai sebuah tempat rekriasi. Pihak Majlis telah membuat permohonan daripada kerajaan negeri untuk mewartakan kawasan lombong ini serta memohon peruntukan daripada kerajaan untuk membangunkan kawasan ini.

Setelah mendapat kelulusan daripada kerajaan Negeri,kawasan lombong ini mula dibangunkan dan dibersihkan. Setelah dipersetujui tempat ini diberi nama "Tasik Y.D.P".Pelbagai kemudahan telah disediakan di tempat ini untuk kegunaan orang ramai.Kini Tasik Y.D.P telah menjadi tempat rekriasi yang semakin dikenali,pelbagai aktiviti telah dijalankan di tasik ini seperti Sambutan 25 tahun Jubli Perak MDTM,Kampen Menanam Pokok Peringkat Daerah dan Pertandingan Memancing.
Taman Tasik Embayu.

Taman Tasik ini terletak didalam kawasan penempatan terancang Bandar Proton . Ia merupakan tasik buatan , dan dilengkapi dengan perbagai kemudahan yang moden dan terkini untuk keselesaan dan kegunaan orang ramai yang mengujungi taman tasik ini ,terutamanya kepada penduduk yang tinggal disekitar Bandar Proton.

Ditaman tasik ini juga telah disediakan pelbagai kemudah aktiviti terkini yang dapat menarik minat golongan muda-mudi untuk menjalankan aktiviti riadah disini seperti trek "Jogging",padang "Futsal" dan "Paintball" sukan yang semakin mendapat tempat dikalangan muda-mudi kini.Disini juga terdapat kedai-kedai makan,runcit,klinik dan lain-lain lagi.
Pelbagai aktiviti-akiviti telah diadakan disini seperti pertandingan "Futsall",Paint Ball" dan "Eco Challenge" yang merupakan aktiviti yang bertaraf kebangsaan dan disertai oleh peserta-peserta daripada semua negeri di negara ini,ini juga merupakan salah satu cara untuk memperkenalkan taman tasik ini kepada semua masyarakat di Malaysia.
Taman Pegola Pejabat Daerah Slim River.
Taman Pegola yang terletak di kawasan bangunan Pejabat Daerah Slim River juga merupakan salah satu daripada tempat-tempat rekriasi yang terdapat di Daerah Kecil Tanjong Malim/Slim River.
Taman ini dilengkapi dengan taman permainan kanak-kanak dan trek jogging yang menjadikan tempat ini sesuai untuk dijadikan tempat untuk menjalani kegiatan riadah di waktu petang. Dengan adanya taman ini penduduk di Slim River dapat menjalani aktiviti beriadah dengan seisi keluarga.
Kolam Air Panas Ulu Slim.
Kolam air panas ini merupakan salah satu kawasan rekriasi yang telah dibangunkan oleh Majlis Daerah Tanjong Malim dan merupakan salah satu tempat rekriasi yang terkenal dan menarik yang terdapat di Tanjong Malim. suhu air kolam ini mencecah 104°C.
Pengunjung-pengunjung yang datang ke kolam ini kebanyakannya gemar merebus telur dan merendamkan kaki kedalam kolam ini. Persekitaran kawasan kolam ini telah dibersihkan dan dibangunkan oleh Majlis dengan kemudahan - kemudahan seperti pondok merendam dan berehat juga jambatan diatas kolam yang telah menjadikan Kolam Air Panas ini menjadi satu tempat yang menarik dan cantik. Kolam ini juga menjadi tumpuan bagi peserta-peserta X.P.D.C merentasi Banjaran Titiwangsa dari Raub Pahang.
Tumang Resort.
Satu lagi pusat rekriasi yang terdapat di Tanjong Malim ialah Tumang Resort yang terletak di Ulu Slim. Tumang Resort merupakan hak milik persendirian dan dibangunkan lengkap dengan challet ,basikal,dan kelengkapan berkhemah dan aktiviti motivasi atau kem pasukan beruniform.
Tumang Resort mula mendapat perhatian daripada Pasukan - pasukan berunifom sekolah-sekolah di Tanjong Malim,persatuan-persatuan seperti Bulan Sabit merah dan Pelajar-pelajar universiti yang ingin mengadakan aktiviti perkhemahan atau kem Bina Semangat dan lain-lain lagi.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment