Taman Tasik Taiping |
|
Kawasan ini telah dibangunkan pada tahun 1880 sebagai sebuah Taman Tasik Taiping dan ianya adalah taman tasik yang tertua dan tercantik di Malaysia. Permandangannya sungguh indah sekali kerana ianya berhadapan dengan Bukit Larut. Selain daripada taman bunga, terdapat juga kawasan permainan kanak-kanak serta berhampiran dengan Zoo Taiping. Taman Tasik Taiping sangat dikenali dengan permandangan pokok-pokok besar yang merentasi jalan menghala ke tasik. Setiap hari terutama pada waktu pagi dan petang, taman tasik ini digunakan sebagai tempat beriadah samada untuk berjogging, bersenam, berkelah dan bermain. Pada hari Sabtu dan Ahad atau Cuti Am, taman tasik ini sering dikunjungi oleh orang ramai samada dari Taiping mahupun dari luar Taiping. Suasana malam di taman tasik sungguh indah dan mengagumkan dengan hiasan lampu yang berwarna-warni. Walaupun suasana malam menyelubungi taman tasik tersebut masih ramai lagi pengunjung yang ada mahupun yang baru datang. |
Tuesday, July 20, 2010
TAMAN TASIK TAIPING
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment