Dorani Bayu Resort


Malaysia kini terkenal diseluruh Dunia sebagai destinasi yang menarik bagi pelbagai kegiatan riadah alam semula jadi dan eko-pelancongan. Kekayaan dan keindahan alam semula jadi negara ini menjadikan Malaysia syurga pengembaraan bagi pecinta alam, sama ada mereka meminati cabaran mendaki, berakit menyusuri sungai, serta pelbagai aktiviti lain yang lebih menyeronokkan.
Lebih separuh daripada muka bumi malaysia seluas 329, 758 km persegi diliputi hutan hujan tropika yang ditumbuhi dengan pelbagai spesis tumbuhan dan binatang eksotik yang dilindungi.
Suasana damai yang memberi ketenangan minda yang boleh diperolehi di tempat-tempat percutian di seluruh pelusuk negeri-negeri di bandar atau desa di Malaysia ini.
Tidak terjangka dibenak fikiran kita terdapat tempat percutian di hujung pekan kecil di Sungai Besar daerah Sabak Bernam terdapat satu tempat peranginan yang boleh dilawati. Dorani Bayu Resort, D'Muara Marine Park adalah sebuah pusat peranginan yang berkonsepkan alam semulajadi. D'Muara Marine Park merupakan milik Majlis Daerah sabak Bernam dan pengurusan dan operasinya diuruskan oleh Dorani Bayu Resort 'N' Services Sdn. Bhd. Terletak 5km dari Pekan Sungai Besar dan 90km dari Bandaraya Shah Alam dibangunkan di persisiran pantai Sungai Haji Dorani menghadap kebiruan Selat Melaka yang lengkap dengan prasarana serba moden dan eksklusif sesuai untuk beristirehat, seminar, mesyuarat dan hari keluarga sambil menikmati ketenangan Pantai Sungai Haji Dorani.





Ada kosong x 26/12..berapa harga
ReplyDelete